Thursday, May 31, 2018

.::Adil untuk Semua?::.

Termangu,
Kehairanan,
Pejuang di dalam perang,
Di buang jauh di kenang,
Masa berlalu dalam keamanan,
Membuat mereka mencari-cari kesalahan supaya dapat menghukum.

Benar,
1000 kebaikan tak mampu menutup 1 kealpaan
Juga Kuasa,
Tak mampu dihalang hukuman mereka yang berkuasa.

Aku hanya memerhati,
Dalam luluh,
Tak tergapai tangan,
Memerhati mereka dihukum.

Termangu...

Sunday, May 27, 2018

.::Laba Sesudah Bala::.

20 per 100,
Itu katanya,
Yang pada hakikatnya hampir seganda,
Yang memaksa untuk dikurangi segala,
Terfikir,
Bagaimana mahu meneruskan langkah,
Mungkin mengharung sahaja,
Atau mudik sebentar di pelabuhan,
Mencari hala yang lebih labanya,
Supaya lebih kepuasannya.

Biasalah,
Hidup beraja singa di rimba batu,
Perlu di ikut apa raja mahu,
Cuba memperbetulkan,
Namun penerimaan si raja seperti menentang,
Hasil bisikan halus si gunting dan si pisau,
Si lalang cuma mengikut arah angin tiupan nya,
Si tikus berlari apabila bertentang mata,
Si ranting patah apabila cuba bertahan,
Dan aku siapa?
Lalang, tikus atau ranting?

Tak apalah,
Mudiklah bila tiba di pelabuhan,
Hiruplah kopi secawan,
Sambil melihat air berlalu di terusan,
Mungkin ada laba yang halalan toyyiban,
Di situ,
Di terusan itu.
Sebelum mengangkat lagi sauh,
Dan berlalu.